Panduan Pengiraan Kelayakan Pinjaman

Anda bercadang untuk membeli rumah? Bagus! Langkah paling penting sebelum anda memilih rumah idaman anda ialah dengan buat kiraan kelayakkan pinjaman anda. Apabila anda sudah ketahui kelayakkan maksimum pinjaman rumah anda, barulah mudah untuk anda mencari rumah yang sedang dijual mengikut kapasiti pinjaman anda.

OK, langkah pertama untuk semak kelayakkan pinjaman adalah dengan semak rekod CCRIS ( Central Credit Reference Information System ) dan rekod CTOS anda. CCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia yang merupakan rekod pinjaman dengan institusi perbankan di Malaysia yang merangkumi pinjaman perumahan, peribadi, kenderaan, kad kredit, PTPTN dan sebagainya.

 

Melalui rekod CCRIS anda, anda akan tahu semua senarai pinjaman yang ada dengan nama anda. Ia akan memudahkan untuk anda mengira jumlah komitmen kerana akan disenaraikan jenis pinjaman, jumlah, komitment bayaran bulanan serta rekod pembayaran anda.

Di Samping itu, anda juga mengetahui jika anda ada ‘blacklist’ atau pembayaran pinjaman yang tidak ‘cantik’ yang bakal menyebabkan permohonan pinjaman anda gagal.

Berikut adalah link untuk cara dapatkan rekod CCRIS anda

(LINK MASIH DALAM PEMBINAAN)

.

DSR ( Debt To Service Ratio )

Selesai membuat semakan CCRIS dan CTOS, langkah seterusnya adalah mengira kadar DSR atau Debt To Service Ratio.

Apa itu DSR? Ok, secara ringkas, DSR adalah kiraan nisbah jumlah komitment pinjaman dan pendapatan bersih anda. Pihak bank mengunakan nisbah DSR ini untuk menentukan kelayakkan pinjaman anda.

Formula kiraan DSR adalah seperti berikut:

Jumlah komitment pinjaman / Gaji bersih X 100%

Kadar DSR adalah dalam bentuk peratusan (%)

 

Kadar DSR maksimum mengikut gaji adalah seperti berikut:

Gaji Bersih              :      Maksima DSR

3000 kebawah         :      65%

RM3001- RM 7000   :      75%

RM 7001 Keatas       :      85%

 

Katakanlah anda ingin mengira kelayakkan pinjman perumahan anda dengan contoh kiraan berikut:

CONTOH 1

Pendapatan Bersih Bulanan = RM 3300

Senarai Komitment

  1. Pinjaman Kereta – RM450
  2. Pinjaman Peribadi – RM350

Jumlah Komitment = 800

DSR sekarang = RM800 / RM3300 X100% = 24.4%

Kadar DSR Maksima = 75%

Baki DSR yang boleh di buat pinjaman = 75%-24.4% = 50.6%
Jumlah maksimum untuk bayaran pinjaman rumah baru = 50.6% X RM3300 ( Gaji Bersih) = RM 1669.80

Jadi berapakah harga rumah yang boleh di beli?
Untuk mudah kiraan, kita kali bayaran bulanan dengan 200 maka kita akan dapat harga rumah yang kita boleh beli.

Maka, RM 1669.80 X 200 = RM333,960
Oleh itu rumah yang boleh dibeli pinjaman lebih kurang RM330,000

Katakan anda layak pinjaman dengan margin 90%, maka harga rumah yang boleh di beli adalah = RM330,000/90% = RM 367,000

Ringkasan 

Harga Rumah yang boleh di beli = RM 367,000

Jumlah Pinjaman dengan margin 90% = RM 330,000

Deposit 10%

Bayaran Bulanan = RM 1669.80

 

CONTOH 2

Kali ini untuk kiraan yang pernah membeli rumah

Pendapatan Bersih Bulanan = RM 8800

Senarai Komitment

  1. Pinjaman Kereta – RM1780
  2. Pinjaman Peribadi – RM350
  3. Kad Kredit had RM8000, – RM400 (komitment kad kredit di kira 5% dari had)
  4. Pinjaman Rumah – RM 1500

Jumlah Komitment = RM 4,030

DSR sekarang = RM4,030 / RM8800 X100% = 45.8%

Kadar DSR Maksima = 85%

Baki DSR yang boleh di buat pinjaman = 85% – 45.8% = 39.2%
Jumlah maksimum untuk bayaran pinjaman rumah baru = 39.2% X RM8800 ( Gaji Bersih) = RM 3,449.6

Jadi berapakah harga rumah yang boleh di beli?
Untuk mudah kiraan, kita kali bayaran bulanan dengan 200 maka kita akan dapat harga rumah yang kita boleh beli.

Maka, RM 3,449.6 X 200 = RM689,920
Oleh itu rumah yang boleh dibeli dengan pinjaman lebih kurang RM689,920

Katakan anda layak pinjaman dengan margin 90%, maka harga rumah yang boleh di beli adalah = RM689,920/90% = RM 766,580

Ringkasan 

Harga Rumah yang boleh di beli = RM 766,580

Jumlah Pinjaman dengan margin 90% = RM 689,920

Deposit 10%

Bayaran Bulanan = RM 3,449.6

.

Ok Faham?

Kadar DSR untuk setiap bank adalah berbeza namun tidaklah jauh sangat perbezaannya. Ada bank yang beri tinggi sedikit.

Jadi apabila anda sudah tahu kelayakkan pinjaman anda, bolehlah anda mula memburu rumah idaman.

Apa? anda pening dengan nombor-nombor di atas? Tidak mengapa saya dah siapkan kalkulator pengiraan untuk anda secara automatik.

Hanya perlu sediakan dokumen berikut:

  1. Slip Gaji
  2. Slip Rekod CCRIS

Dan tekan link berikut:
KALKULATOR KELAYAKKAN PINJAMAN

KALKULATOR KELAYAKKAN PINJAMAN

KALKULATOR KELAYAKKAN PINJAMAN

.

Sekian, Semoga Bermanfaat 🙂
Alif Mastor

Perunding Hartanah Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: