Panduan Dan Prosidur Menjual Rumah Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini AM nak cerita sedikit tentang panduan dan prosidur menjual rumah memandangkan ramai yang tanya sebegini,

“Hai tuan AM, saya ada rumah untuk dijual, boleh tak tuan AM bantu jualkan? Apa prosidur ye kalau jual rumah melalui tuan?”

Ini adalah antara soalan lazim yang ditanya. Biasanya klien dah tahu yang AM memang seorang perunding hartanah. Kadang-kadang ada yang nampak AM selalu uruskan jual beli rumah di sesuatu kawasan atau di syorkan oleh kenalan mereka. Maka, mereka mahu AM bantu jualkan hartanah mereka juga.

Secara ringkas berikut adalah prosidurnya:

1- Hubungi AM di 019-255 6671 dan biasanya AM akan minta maklumat tentang hartanah seperti berikut:

  • Alamat Rumah
  • Keluasan Tanah (Untuk rumah atas tanah)
  • Keluasan Lantai
  • Bilangan Bilik dan Bilik Air
  • Sebarang Ubah Suai yang telah dilakukan.
  • Rumah di sewakan, kosong atau duduk sendiri
  • Jenis Hakmilik (Freehold atau Leasehold)

 

2- Buat temu janji untuk sesi lawatan dan pemeriksaan rumah atau biasanya disebut ‘House Inspection’.

Sewaktu sesi ini, anda hanya perlu bawa kami untuk lihat rumah dan anda hanya perlu terangkan serba sedikit tentang rumah.

Biasanya kami akan catatkan perkara berikut:

  • Sebarang ubah suai yang telah dilakukan.
  • Perabot yang akan dijual sekali (loose & buildin)
  • Bilangan Pendingin Hawa dan Pemanas Air
  • Sebarang kerosakkan
  • Tahun di beli
  • Tahun hartanah itu siap
  • Arah hartanah itu menghadap
  • Jenis kemudahan yang disediakan (Kolam renang, taman permainan, dewan serba guna)
  • Bayaran Penyelengaraan Bulanan (maintenance fee)
  • Bilangan dan lokasi tempat letak kereta
  • Ciri-ciri istimewa (menghadap taman, unit tepi)
  • Sebab ingin menjual (soalan lazim dari pembeli)

 

Nota – Bawa sekali salinan Perjanjian Jual Beli Rumah dan Perjanjian Pinjaman Bank untuk mudah kami buat semakan

Sewaktu sesi lawatan dan pemeriksaan ini, kami akan terangkan proses dan anggaran jangka masa proses jual beli hartanah tersebut.

Proses-proses menjual rumah adalah melibatkan perkara berikut:

  1. Proses Pemasaran mendapatkan bakal pembeli.
  2. Proses Penyaringan bakal pembeli.
  3. Sesi menbawa bakal-bakal pembeli melihat rumah.
  4. Proses Tempahan ( Booking ) oleh pembeli.
  5. Proses permohonan pinjaman perumahan.
  6. Sesi menandatangani perjanjian jual beli rumah antara penjual dan pembeli melalui peguam yang telah dilantik dan pembayaran deposit mengikut yang telah dipersetujui.
  7. Proses permohonan Consent dari Pemaju atau Pejabat Tanah (jika berkenaan)
  8. Proses Pinjaman Perumahan.
  9. 1st Disbursement – Bank akan lepaskan bayaran pertama untuk membayar baki pinjaman penjual (jika ada)
  10. 2nd Disbursement – Bank akan lepaskan bayaran kedua kepada penjual.
  11. Proses Pengosongan rumah dan serah kunci kepada pembeli.

Disamping itu kami juga akan menerangkan keadaan pasaran semasa dan memberi nasihat untuk anda membuat keputusan dalam menentukan harga buka (asking price) hartanah anda.

 

3- Isi borang lantikan Perunding Hartanah atau Kebenaran Menjual

Kebiasaannya Agensi Hartanah mempunyai borang lazim yang perlu di isi oleh pemilik rumah untuk memberi kebenaran menjual hartanahnya. Jika hartanah tersebut mempunyai 2 atau lebih pemilik (rujuk salinan perjanjian jual beli atau geran), maka semua pemilik haruslah menandatangani borang ‘Lantikan dan Kebenaran Menjual’ tersebut.

Dalam borang tersebut juga akan tercatatnya harga rumah dan fi agensi (agency fee) untuk khidmat menjualkan hartanah tersebut.

Biasanya Agensi Hartanah Berdaftar akan mengenakan fi sebanyak 3.18% (termasuk 6% GST) dari harga jualan yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli hartanah tersebut.

Jenis Lantikan dan Kebenaran Menjual

  1. Lantikan ‘Exclusive’
  2. Lantikan ‘General’

Lantikan ‘Exclusive’ hanya membenarkan satu agensi sahaja bantu menjual hartanah anda. Agensi tersebut akan bertindak sebagai wakil penjual dan Semua pembeli atau ejen lain haruslah melalui Agensi tersebut. Agensi tersebut akan melakukan menapisan tawaran dan tawar-menawar bagi pihak penjual.

Lantikan ‘General’ pula membenarkan penjual untuk melantik lebih dari satu Agensi untuk menjual hartanah tersebut.

 

4- Sesi mengambil Gambar Foto Rumah

Sewaktu sesi lawatan dan pemeriksaan rumah, kami akan mengambil gambar foto rumah. Gambar tersebut akan di gunakan untuk tujuan pengiklanan, pemasaran serta untuk diserahkan kepada Penilai Hartanah (valuer) untuk memberi anggaran nilai pasaran hartanah anda.

Kami biasanya akan mengunakan kamera DSLR profesional untuk menghasilkan Foto yang cantik. Foto yang cantik memainkan peranan untuk menarik minat bakal pembeli untuk melawat untuk melihat rumah anda serta membantu pembeli untuk membuat perbandingan dan keputusan awal pemilihan rumah untuk dibeli.

 

5- Sesi membawa bakal pembeli melihat rumah

Apabila hartanah anda telah di iklankan, akan ada bakal pembeli yang berminat untuk melawat rumah anda. Oleh itu anda perlu bersedia dan sentiasa memastikan rumah anda sedia untuk dilawati.

Jika rumah tersebut berkeadaan kosong tiada penghuni anda boleh menyerahkan kunci kepada ejen untuk menguruskan rumah anda. Kebiasaannya penjual yang duduk jauh akan beri lantikan ‘Exclusive’ kepada ejen dan terus serahkan kunci dan hanya menunggu tawaran dari pembeli. Berbanding jika lantikan ‘General’ dimana penjual melantik ramai ejen, biasanya penjual perlu hadir untuk bukakan rumah sewatu lawatan oleh bakal pembeli.

Jika rumah tersebut mempunyai penyewa, anda haruslah memaklumkan kepada penyewa tentang hasrat anda untuk menjual rumah tersebut. Sewaktu sesi lawatan dan pemeriksaan, eloklah anda hadir sekali bersama ejen untuk berjumpa dengan penyewa dan anda hanya biarkan ejen yang menguruskan sesi perbincangan dengan penyewa. Maka penyewa juga harus bersedia juga untuk menerima kunjungan bakal pembeli.

Kebiasaanya bakal pembeli akan paling banyak melihat rumah pada waktu hujung minggu. Jika ada 2 atau lebih pembeli, ejen akan buat temu janji pada waktu sama atau pada waktu yang berdekatan dan akan diberitahu lebih awal kepada penyewa dan pemilik rumah, agar penyewa dan pemilik rumah dapat menguruskan masa dan persediaan untuk sesi lawatan tersebut.

 

6- Tawaran Dari Pembeli

Apabila ada pembeli yang berminat untuk membeli rumah anda, pembeli akan di nasihatkan membuat Bank Draft atas nama agensi sebanyak 3.18% dari harga tawaran dan mengisi borang ‘Offer To Purchase’.

Jika tawaran pembeli diterima, anda hanya perlu menandatangani borang ‘Offer to Purchase’ tersebut menandakan anda bersetuju dengan tawaran tersebut. Maka rumah iklan rumah anda akan ditutup dan tiada lagi tawaran dari pembeli lain.

Jika tawaran pembeli tersebut tidak dipersetujui, masih ada ruang untuk tawar-menawar dan apabila telah mendapat harga sepakat, maka kedua-dua pihak akan kembali menandatangani borang ‘Offer to Purchase’ dengan harga dipersetujui.

Seterusnya, pembeli akan mengunakan borang ‘Offer to Purchase’ yang telah ditandatangani untuk memohon pinjaman bank. Borang tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk penyediaan dokumen perjanjian jual beli (Sale and Purchase Agreement) untuk ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan proses seterusnya akan dilakukan oleh pihak peguam.

.

Maka itulah antara Prosidur dan Proses menjual rumah anda melalui ejen atau perunding hartanah. Jika ada lagi soalan atau ketidak pastian, silalah bertanya di bahagian komen. 😉

Semoga bermanfaat dan selamat menjual hartanah anda.

Sekian,
Alif Mastor

Perunding Hartanah Anda

.

Ingin Menjual Rumah Anda?

Semak dulu nilai pasaran rumah anda secara PERCUMA! di link berikut:

SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH ANDA, PERCUMA!

SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH ANDA, PERCUMA!

SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH ANDA, PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: